Kampung Banggol Pokok Sena S.P.U., 05 Disember 2011
Sebanyak 90 orang pelajar miskin di bawah
Parlimen Tasek Gelugor telah menerima bantuan persiapan persekolahan untuk tahun
2012 berupa baju, seluar, kasut, stoking dan beg. Nilai pemberian bantuan kepada
setiap seorang pelajar ialah RM100.
Penyampaian bantuan persekolahan ini telah
disempurnakan oleh YB Tuan Haji Shabudin Yahaya, Adun Permatang Berangan di satu
majlis anjuran JKKKP Pokok Sena.
Dalam ucapan, beliau menekankan bahawa pemberian
bantuan yang disampaikan ini merupakan tanggungjawab kerajaan persekutuan
membantu keluarga yang tidak berkemampuan untuk menyediakan persiapan
persekolahan baru kepada anak-anak mereka.
Ia selaras dengan dasar kepimpinan negara masa
kini yang meletakkan rakyat sebagai satu keutamaan dalam pelaksanaan program
pembangunan negara, tambah beliau lagi.
“Apa yang perlu dilakukan oleh anak-anak ini,
gunakan peluang persekolahan yang diberi oleh kerajaan ini untuk mengubah
kehidupan keluarga masing-masing. Pelajaran merupakan asas untuk meningkatkan
potensi diri dan juga membangunkan negara,” nasihat Haji Shabudin kepada para
pelajar yang menerima bantuan.
Bantuan yang disalurkan kepada para pelajar
miskin ini selain daripada peruntukan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang
(PERDA), turut ditambah daripada sumbangan Pusat Khidmat Parlimen Tasek Gelugor
dan JKKKP Pokok Sena.
No comments:
Post a Comment