TARIKH TUTUP PERMOHONAN 23 DISEMBER 2011
1 SWE SIJIL KEMAHIRAN KHAS KIMPALAN ARKA LOGAM (SWE)
2. SEE SIJIL KEMAHIRAN KHAS PENDAWAIAN ELEKTRIK (SEE)
3. SAC SIJIL KEMAHIRAN KHAS AUTOCAD (SAC)
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
• Warganegara Malaysia
• Belia yang memiliki SPM dan berumur 17 hingga 30 tahun.
• Berminat untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang kimpalan
• Lulus sesi temuduga
PROSPEK KERJAYA
KURSUS SWE - Peluang pekerjaan di industri perkapalan, gas dan petroleum, pembuatan dan pembinaan logam, loji pemasangan mesin dan jentera, peralatan logam dan kerja-kerja struktur pembinaan sebagai jurukimpal atau menjalankan perniagaan sendiri yang berkaitan kerja-kerja mengimpal.
KURSUS SEE -Peluang pekerjaan dalam bidang Teknologi Elektrik dan industri seperti Juruteknik, Pendawai Elektrik (Wireman) dan kontraktor Elektrik.
KURSUS SAC - Peluang pekerjaan dalam bidang AutoCad dan industri / swasta seperti pelukis pelan di industri pembinaan, drafter dan draughtman di industri pembuatan.
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
• Elaun – RM250.00 sepanjang tempoh pengajian
• Penginapan asrama
• Pakaian Seragam
• Insuran kelompok
SEKIRANYA ANDA
• Warganegara Malaysia
• Belum berkahwin
• Sihat tubuh badan
• Berumur 17 – 30 tahun
MAKLUMAN
Sekiranya berhenti atau diberhentikan, anda dikehendaki membayar balik segala perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh PERDA sejak dari mula melaporkan diri di PERDA-TECH.
SILA DAPATKAN BORANG PERMOHONAN DI
Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
No.1, Lorong Kampung Gajah 2, Jalan Kampung Gajah,
12200 Butterworth. Tel: 04-3141100
Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH), Bukit Panchor,
14300 Nibong Tebal, SPS
ALAMATKAN PERMOHONAN ANDA KEPADA:
PENGARAH INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI PERDA (PERDA-TECH)
BUKIT PANCHOR 14300 NIBONG TEBAL SEBERANG PERAI SELATAN
UNTUK KETERANGAN LANJUT Tel: 04-5991100 Fax: 04-5938937
ATAU Hantarkan sampul surat permohonan 11 sm x 22 sm beralamat sendiri berserta setem 60 sen kepada Pengarah Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) dan tuliskan “LATIHAN KEMAHIRAN KHAS” di sebelah kiri sampul surat anda.
HANYA CALON-CALON YANG BERJAYA AKAN DIKELUARKAN SURAT TAWARAN MENGIKUTI SESI PENGAJIAN DI INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI PERDA (PERDA-TECH).
